Blogger Widgets Twitter Bird Gadget
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

WELCOME DEAR..

lady bug note

Thursday 31 May 2012

Tanaman Hiasan


       REKABENTUK & TEKNOLOGI 
     TANAMAN HIASAN

TANAMAN HIASAN

1. Tumbuhan yang terdapat di taman dinamakan 
     tanaman hiasan

2. Tanaman hiasan ditanam untuk mengindahkan dan 
     mencantikkan ruangan di dalam taman.

3. Tanaman hiasan mempunyai batang yang berbagai 
     bentuk, daun berbagai corak menarik, bunga 
     pelbagai warna serta bau yang harum dan bentuk 
     keseluruhan yang menarik.

CONTOH TUMBUHAN HIASAN

       









PEMBIAKAN SECARA KERATAN BATANG

Menyediakan medium semaian. Medium disediakan dengan mencampurkan:  


+



+





MENYEDIAKAN KERATAN BATANG

1. Pembiakan secara keratan batang dapat 
    menghasilkan tanaman dengan banyak, cepat dan 
    tulin bakanya.

2. Pokok yang baru dibiakkan cepat mantap dan cepat  
    membesar

3. Keratan yang hendak di biakkan perlu dipilih 
    daripada ranting yang subur

p/s:Keratan yang terlalu muda akan reput bila disemai dan 
       keratan yang terlalu tua akan lambat berakar.


LANGKAH MENYEDIAKAN KERATAN BATANG


1. Pilih dahan yang sihat dan berdiameter 1 cm Potong dahan tersebut sepanjang 10cm – 2.5cm


2. Potong secara serong bahagian bawah keratan di bawah paras buku. Bahagian atas keratan pula dipotong melintang dengan jarak 1cm – 2.5 cm bahagian atas buku



3. Buang semua daun daripada bahagian keratan kayu keras. Manakala daun bahagian keratan kayu lembut dipotong separuh untuk mengurangkan kadar transpirasi



4. Lembabkan bahagian pangkal keratan dan celupkan kedalam hormon penggalak akar



5. Tanam keratan secara condong sedikit pada jarak 8cm – 10 cm dengan 1/3 bahagian tertanam dalam medium


Wednesday 30 May 2012

Tentang Negeri Sarawak


Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Batang Rajang yang terdapat di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia di samping Mulu yang terkenal sebagai sistem gua yang paling luas di dunia. Hutan hujan tropika yang tertua dan yang kedua terbesar selepas Amazon menjadikan Sarawak sebagai pusat biokepelbagaian.

Negeri Sarawak terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching,Kota Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah, Miri dan Limbang. Kuching ialah ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri.
Sarawak diterajui oleh Ketua Menteri yang juga mengetuai Kabinet Menteri. Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri, daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya diadakan selang tempoh lima tahun. Ketua Menteri sekarang ialah Pehin Sri Datuk Patinggi Haji Abdul Taib Mahmud.Sarawak juga mempunyai Yang di-Pertua Negeri yang sekarang disandang oleh Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Semasa Sarawak menyambut Ulang Tahun ke-25 pada tahun 1988, negeri ini menerima pakai bendera, Lencana, Moto dan Lagu Kebesaran yang baru.

BURUNG NEGERI SARAWAK

 
Burung Negeri ialah burung Kenyalang. Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada tuhan kaum Iban iaitu Singalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan kaum Iban, umpamanya "Gawai Kenyalang". Burung ini menggambarkan kekuatan dan keberanian. Oleh itu, negeri Sarawak terkenal sebagai "Bumi Kenyalang"

DEMOGRAFI

Populasi Penduduk
Negeri Sarawak mempunyai 2.07 juta orang penduduk . Kadar kasar kelahiran dalam tahun 2004 ialah kira-kira 20,300 orang, kadar kasar peningkatan semula jadi ialah 16,200 orang manakala kadar kematian ialah sekitar 4,100 orang. ( Ruj:Yearbook of Statistics, 2005 )
Taburan Penduduk mengikut Daerah Pentadbiran
Daerah pentadbiran yang mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak ialah ibu negeri, Kuching, dengan jumlah penduduk yang dianggarkan sebanyak 579,900 orang pada tahun 2006. Daerah Samarahan di tempat yang kedua dan diikuti oleh Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, dan Miri, manakala Limbang merupakan daerah yang mempunyai bilangan penduduk yang paling sedikit iaitu 45,500 orang dalam tahun 2006. ( Ruj: Facts and Figures 2006,SPU )
Kumpulan Etnik Sarawak
Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban, Chinese, Malay, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain. Bandar raya dan bandar dihuni oleh orang Cina dan orang Melayu. Sekarang bilangan orang Bumiputera yang berhijrah ke bandar raya dan bandar juga kian meningkat.
Kepelbagaian Budaya
Satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak dan yang banyak membezakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia ialah kepelbagaian budayanya. Dengan adanya 27 kumpulan etnik asli yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeza, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Kepelbagaian budaya ini juga membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular di wilayah ini.