Blogger Widgets Twitter Bird Gadget
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

WELCOME DEAR..

lady bug note

Monday 21 May 2012

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

PENGENALAN


Negara kita ke arah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.  Dengan mempelajari reka bentuk dan teknologi, potensi intelek murni akan dapat diperkembangkan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu serta dapat menyumbangkan kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

FAKTOR UTAMA REKA-BENTUK 

1. Fungsi
2. Rupa bentuk
3. Kesesuaian bahan
4. Kaedah pembinaan 
5. Ketahanan
6. Kos
7. Kemasan
8. Keselamatan
9. Nilai komersial
10. Pengenggaraan
11. Mesra alam

FUNGSI REKA BENTUK:
Reka bentuk yang dihasilkan haruslah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi 
kehendak dan keperluan pengguna .

RUPA  BENTUK:
Reka bentuk mestilah tepat, menarik dan mempunyai saiz yang sesuai.

KESESUAIAN BAHAN:
Bahan yang dipilih mestilah tepat,sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah 
diperuntukkan.

KAEDAH PEMBINAAN:
Mestilah tepat, sistematik dan mudah supaya reka bentuk yang sesuai dapat dihasilkan

KETAHANAN:
Ketahanan produk dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakannya

KOS:
Anggaran kos pengeluaran ( kos bahan, kos overhed dan kos upah ) tidak membebankan 
pengguna.

KEMASAN:
§Kemasan produk mestilah menarik dan sesuai dengan fungsi dan kegunaannnya
§Bahan kemasan perlulah mesra pengguna dan selamat.

KESELAMATAN:
Produk yang dihasilkan hendaklah selamat kepada pengguna.

NILAI KOMERSIAL:
Reka bentuk yang dihasilkan perlu mempunyai nilai komersial dan dapat bersaing dengan 
produk yang sedia ada di pasaran .

PENYENGGARAAN: 
Produk yang direka bentuk hendaklah tahan lama dan kurang masalah. Penyenggaraan dan 
baik pulih perlulah mudah dan menjimatkan.

MESRA ALAM:
Produk yang dihasilkan mestilah mesra alam.

PERNYATAAN MASALAH
Mengenal pasti masalah atau keperluan 
Sesuatu reka bentuk dihasilkan untuk menyelesaikan sebarang masalah atau keperluan

MENGUMPUL MAKLUMAT DAN DATA
vMerujuk katalog perabot
vMembaca majalah hiasan dalaman
vMelawat kedai hiasan atau kedai perabot
vMembuat pemerhatian dan penyelidikan
vMelayari internet
vBimbingan guru

PENYELESAIAN MASALAH
vMenyenaraikan pelbagai alternatif penyelesaian masalah
  Dengan menggunakan peta minda,   lakaran bebas,   sumbang saran dan  
  perbincangan kumpulan.

JENIS BAHAN DAN PENGIKAT
Bahan Logam:
1. Aluminium-
    Kekuatan:
     oPengalir elektrik dan haba yang baik 
     oRingan dan tahan karat
     oLembut, mudah dipotong dan dibentuk
     Kelemahan:
     Tidak tahan lasak

2. Keluli Lembut-
    Kekuatan:
     ØMudah dikerjakan seperti dibengkok dan dikimpal
     ØLebih kuat dari aluminium
    Kelemahan:
    Mudah berkarat

Bahan Plastik:
1. Perspek-
    Kekuatan:
    qKukuh dan kuat
    qRingan dan tahan lama
    qMudah dimesin, disimen atau digilap
    qPenebat elektrik yang baik
    Kelemahan:
    qMudah retak
    qMudah calar

2. PVC-
    Kekuatan:
    Ringan, keras dan kukuh
    Mudah dikerjakan
    Kuat dan tahan lama
    Tahan terhadap cuaca yang berbeza
    Kelemahan:
    Mudah pecah
    Tidak tahan haba yang tinggi

ALUMINIUM
SAIZ DI PASARAN
915 X 1830 mm
1220 X 2440 mm
Dalam pelbagai saiz tolok ( tebal )

KELULI LEMBUT
SAIZ DI PASARAN
6100 x 152.5 mm
6100 x 915 mm
Dalam pelbagai bentuk dan ketebalan

PERSPEK
SAIZ DI PASARAN
1220 x 2440 mm
610 x 1220 mm
Dalam pelbagai warna dan ketebalan

PVC
SAIZ DI PASARAN
12.7 mm diameter
19.05 mm diameter
25.4 mm diameter
Dalam bentuk paip

sekian...........

0 comments:

Post a Comment