Blogger Widgets Twitter Bird Gadget
CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

WELCOME DEAR..

lady bug note

Wednesday 23 May 2012

DOKUMEN PERNIAGAAN DALAM NEGERI

    Pengenalan

    Dokumen perniagaan dalam negeri ialah catatan bertulis sama ada dalam bentuk borang,surat,
    nota atau risalah yang digunakan apabila sesuatu urus niaga dalam negeri dijalankan antara
    pembeli dan penjual.

    Dokumen perniagaan ini merupakan dokumen terpenting dalam perniagaan kerana :
     a.  membuktikan persetujuan di antara pembeli dan penjual bagi sesuatu urus niaga yang
          dijalankan.
     b.  adalah bukti penting tentang urus niaga yang telah dijalankan.
     c.  dirujuk sebagai dokumen sumber untuk merekod dalam buku-buku perakaunan.

    Bagi perniagaan dalam negeri, dokumen perniagaan  yang berlainan digunakan untuk peringkat
    urus niaga iaitu :

    a.  sebelum berlakunya proses urus niaga.
    b.  semasa berlakunya proses urus niaga.
    c.  selepas berlakunya proses urus niaga.

    Dokumen Sebelum Proses Urus Niaga

    Sebelum seseorang pembeli membeli barang dan perkhidmatan, pembeli tersebut perlu
    mendapatkan maklumat lengkap tentang barang-barang dan perkhidmatan yang hendak
    dibeli daripada penjual. Biasanya pembeli ingin mendapatkan maklumat tentang :

     a.  harga yang boleh ditawarkan oleh peniaga untuk barang yang dikehendakinya.
     b.  bila dan bagaimana peniaga dapat menyerahkan barang.
     c.  Syarat bayaran seperti peratus diskaun niaga atau tunai yang boleh ditawarkan oleh
          peniaga.
     d.  syarat serahan.
   
 Dokumen-dokumen perniagaan yang terlibat dalam proses sebelum jual beli ini ialah :

              a.  surat tanya.
              b.  surat jawapan.
              c.  sebut harga.
              d.  senarai harga
              e.  katalog.

   Surat Tanya
    
   Surat tanya ialah surat yang dihantar oleh pembeli kepada pembekal. Bertujuan untuk mendapatkan  
   maklumat tentang barang yang ingin dibeli. Kandungannya terdiri daripada jenis barang, kadar diskaun  
   niaga dan tarikh serahan barang. Dengan menghantar surat tanya kepada beberapa buah syarikat, \  
   pembeli akan dapat membeli barang daripada pembekal yang memberikannya tawaran harga yang  
   terbaik.

    
    Surat Jawapan.

   Surat jawapan ialah surat yang dihantar oleh penjual kepada pembeli bagi  menjawab semua pertanyaan   
   pembeli daripada surat tanya. Surat jawapan bertujuan untuk memberi keterangan lanjut mengenai 
   barang yang boleh dibekalkan. Surat jawapan biasanya dilampirkan bersama denga sebut harga barang  
   serta katalog.

                                                           Surat Jawapan


                                        Computer Land Sdn. Bhd.
                           D306 Blok D, Kelana Puteri Kondominium ,
                                        Jalan SS7 / 26,
                                        Kelana Jaya,
                                        47301 Petaling Jaya.
                                 Tel : 03- 54415444     Fax : 03- 54415542

    Aktif  Teknologi,
    40, Jalan Baiduri,
    Seksyen 7,
    40460 Shah Alam,                                                                          27 Julai 2012

    Tuan,

    Pertanyaan Tentang Komputer

    Surat tuan bertarikh 20 Julai 2012 tentang perkara di atas dirujuk.
    2.    Minat tuan terhadap komputer bekalan kami amat dihargai. Dengan sukacita
           nya dilampirkan satu set sebut harga dan katalog untuk tindakan tuan.
    3.    Sila hubungi kami jika tuan memerlukan sebarang keterangan lanjut.

     Sekian, terima kasih.


     Yang benar

      Kwang Yi
   
      Kwang Yi
      Pengurus


                           

     Sebut Harga

    Sebut harga ialah surat yang menyatakan harga barang yang diminta oleh pembeli dalam surat tanya.
    Kandungan sebut harga terdiri daripada :

    a.  nombor rujukan setiap barang.
    b.  maklumat mengenai barang.
    c.  syarat masa serahan.
    d.  syarat bayaran angkutan.
    e.  syarat bayaran.
    f.  syarat diskaun niaga dan tunai.
    g.  tarikh serahan barang.

    Senarai Harga

    Senarai harga ialah dokumen yang menunjukkan harga semua barang yang dijual oleh pemborong.
    Kos pencetakan senarai harga lebih murah. Apabila berlaku perubahan harga, ia boleh dicetak semula.
    Fungsinya sama seperti sebut harga. Namun terdapat dua perbezaan antara sebut harga dengan senarai
    harga seperti berikut :

Sebut Harga
Senarai Harga
Menyebutkan harga barang yang ditanya oleh pembeli sahaja.
Menyebutkan harga semua jenis barang yang dijual oleh pembekal.
Berfungsi khas untuk menjawab pertanyaan tentang barang tertentu.
Berfungsi am, iaitu memberikan harga semua barang yang dijual.

                                                                  

Sebut Harga

                              

                                                    SEBUT HARGA
                             SYARIKAT PEMBORONG MERAH SDN. BHD.
                                                         89, Jalan Pudu,
                                                    55100 Kuala Lumpur.
                                                    Telefon : 03- 9023456

   Nombor Sebut Harga : 218 / 07                                                  9 hb. Jun 2007

   Kepada :
   Pasar Mini Delima,
   88, Jalan Ujung Tanduk,
   06660 Alor Gajah,
   Melaka.

Nombor Rujukan
Jenama
Mutu
Kuantiti
Harga (RM)
M 20
M 25
M 30
J 11
J 12
T 13
Maya
Maya
Maya
Surf
Surf
Line 4
0.4
0.2
0.1
0.1
0.2
0.4
Satu gros
Satu gros
Satu gros
Satu gros
Satu gros
Satu gros
RM15.00
RM18.00
RM30.00
RM35.00
RM20.00
RM45.00


  Dengan akaun yang diakui.
  Untuk penerimaan dalam tempoh 10 hari.
 
  Serahan : Sedia, dengan lori, Ang. Dib.
  Diskaun niaga : 10 %
  Syarat : 5% 7 hari, 2% 30 hari

        Kwang Yi   



          Pengurus



                     
      Katalog

            Katalog ialah buku, bahan, atau risalah bercetak yang mengandungi gambar barang, maklumat
      ringkas barang dan nombor rujukan barang.Setiap barang diberi nombor rujukan. Hal ini bertujuan
      untuk memudahkan pembeli yang mahu membuat pesanan dengan merujuk nombor rujukan sahaja.
      Katalog biasanya disertakan oleh penjual bersama-sama surat  jawapan yang dikirimkan kepada
      pembeli. Harga barang biasanya tidak dicetak dalam katalog tetapi dicetak dalam satu senarai berasingan.
      Hal ini kerana harga barang mungkin berubah. Jika berlaku perubahan harga pembekal hanya
      mencetak senarai harga baru untuk menggantikan senarai harga lama. Antara contoh katalog ialah
      Katalog Avon, Katalog Tupperware dan lain-lain.                                                 

    Dokumen Semasa Proses Urus Niaga.

             Setelah pembeli menerima surat jawapan, katalog, senarai harga dan sebut harga dan katalog
     daripada pelbagai pembekal, pembeli boleh membuat bandingan dan pilihan. Seterusnya membuat
     pesanan daripada pembekal yang memberi tawaran yang palin baik.

            Dokumen yang terlibat dalam proses ini ialah borang pesanan, nota makluman, nota serahan,
     nota kiriman, invois proforma, invois, nota kredit dan nota debit.

     Borang Pesanan

            Pesanan boleh dilakukan dengan cara menulis surat pesanan ataupun mengisi borang pesanan.
     Borang pesanan disediakan dalam dua salinan. Satu salinan dihantar kepada pembeli, manakala satu
     lagi salinan akan difailkan di pejabat sebagai rujukan.                                          

     Butiran dalam surat pesanan ialah :
                 
                   a.  Nama dan alamat pembeli dan penjual.
                   b.  Nombor pesanan.
                   c.  Tarikh pesanan.
                   d.  Jenis barang yang hendak dibeli.
                   e.  Kuantiti barang.
                   f.  Harga barang dan nombor rujukan.
                   g.  Kadar diskaun tunai dan diskaun niaga.
                   h.  Syarat serahan dan pembayaran.
                   i .  Tandatangan pihak yang membuat pesanan.

            Bagi pembeli yang kedudukan kewangan diragui, penjual tidak akan menjual secara kredit
     melainkan pembeli dapat mengemukakan perujuk untuk mengesahkan tentang status kewangannya.
     Sesudah berpuas hati dengan rujukan yang diberi oleh perujuk, barulah penjual akan menghantar
     barang secara kredit kepada pembeli. Pesanan boleh dilakukan dengan pos, telefon, faks atau e-mel.

             Borang Pesanan

                                                     BORANG PESANAN

                                                          Akif Teknologi

                              40, Jalan Baiduri, Seksyen 7, Shah Alam ,
                                            40460 Selangor.
                              Tel : 03- 56762010   Fax : 03- 56762000

   Pengurus Jualan                                                              No. pesanan : 5 /2011
   Computer Land Sdn. Bhd.
   D306 Blok D, Kelana Puteri Kondominium,
   Jalan SS7 / 26, Kelana Jaya,
   47301 Petaling Jaya, Selangor.                                                     4 Ogos 2012

   Tuan,                                                                       No. Sebut harga : 235 / 2011
   Sila bekalkan barang- barang berikut :

Nombor Rujukan
Butir-butir
Kuantiti
Harga seunit
(RM)
ACS01
ACD02
DD303
Acer Aspire M3800
Acer 19.5 WLCD monitor
2GB PC-1266 DDR3 RAM
4
4
4
1 888.00
   440.00
   152.00


  Dengan akaun yang diakui.
  Pengangkutan : Rujuk kepada syarat angkutan Sky Sdn. Bhd.
  Diskaun niaga : 10%
  Syarat : 5%, 7 hari
               2%, 14 hari


   Yang benar,
         Ali


   Pengurus,

                                  




     Nota Makluman

            Nota makluman dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa barang telah
     dihantar dan sedang dalam perjalanan. Nota ini menyatakan jenis, kuantiti, cara penghantaran dan
     tarikh barang dihantar. Nota ini dihantar terdahulu daripada barang tersebut untuk menerima
     barang tersebut.

            Nota makluman mengandungi maklumat  mengenai :
                  
                    a.  tarikh barang dihantar oleh penjual kepada pembeli.
                    b.  jenis barang yang dihantar dan kuantiti barang.
                    c.   cara barang dihantar.
            Pada masa sekarang, nota makluman jarang digunakan lagi dalam urusan jual beli.
                                                           
                                                            Nota Makluman

                                                   Nota Makluman

                                           Pustaka Pelangi Sdn. Bhd.
                                                  88 Jalan Merah,
                                                  Taman Sentosa,
                                                  80400 Johor Bahru
                                  Tel : 03- 3326288   Faks : 03- 3326289

   Kepada:                                                                                               15 Januari 2010
   Kedai Buku Maju Jaya,
   15, Lorong Maju Jaya,
   Jalan Masjid,
   09000 Alor Setar.

   Tuan,

   No. pesanan : 7007

  Dengan hormatnya dimaklumkan barang berikut telah dihantar dan sedang dalam
  perjalanan.

No. rujukan
Butir
Kuantiti
F01
F02
Latih Tubi Sejarah
Latih Tubi Matematik
100 naskhah
200 naskhah


  Serahan : Angkutan dibayar

                                                                                                                        Yusuf
                                                                     
                                                                                                                      Pengurus



Nota Serahan

            Dokumen ini disediakan oleh penjual dan dihantar bersama dengan barang yang dipesan oleh
      pembeli. Nota ini menyatakan jenis dan kuantiti barang yang diserahkan tanpa menyatakan harga.
      Dokumen ini disediakan dalam tiga salinan. Satu salinan disimpan oleh penjual sementara dua lagi
      diserahkan kepada pembeli.

            Dokumen ini digunakan oleh pembeli untuk menyemak barang yang diterima dan disahkan
     dengan tandatangan sebagai akuan penerimaan. Satu salinan disimpan oleh pembeli dan satu
     salinan lagi dikembalikan kepada penjual. Dokumen ini berfungsi sebagai bukti yang sah bahawa
     barang itu telah selamat diterima.


  Nota Serahan



   Nota Serahan

         Salun Indah Wangi Sdn. Bhd.
         No 12, Jln Wira Bakti 2,
         Taman Wira Bakti,
         806400 Johor Bahru.
         Tel : 07- 3352878    Faks : 07- 3352876

   Kepada :                                                                                         17 Januari 2010,
   Salun Suria Wangi,
   Blok C,
   Taman Sutera Indah,
   76300 Sungai Udang.

No. Rujukan
 Butir- butir
Kuantiti
F01
F02
Krim Pelembap Sari Ayu
Penyegar Muka Sari Ayu
100 botol
200 botol


     
   Serahan : Angkutan dibayar
   Diakui diterima dengan baik.

      
       Penerima                                                                       Tarikh :
 




                                                                          Syarat Serahan

           
Syarat masa serahan
Maksud

Serahan sedia
Barang dihantar kepada pembeli sebaik saja pesanan diterima.

Serahan segera
Barang dihantar kepada pembeli setelah dua atau tiga hari pesanan diterima.

Serahan hadapan / tertunda
Barang dihantar kepada pembeli pada satu tarikh akan datang.







Syarat bayaran angkutan
Maksud

Angkutan dibayar
Penjual mengambil kira kos angkutan dalam harga barang.

Angkutan hadapan
Penjual tidak memasukkan kos angkutan pada harga barang.
Pembeli dikehendaki membayar kos angkutan tersebut.

Percuma ke atas kapal
Penjual telah membayar semua kos memuatkan barang ke atas kapal. Pembeli hanya perlu membayar kos insurans dan tambang kapal sahaja.

Percuma ke atas gerabak
Penjual telah membayar semua kos pengangkutan hingga ke dalam gerabak kereta api. Pembeli perlu membayar kos membawa barang dari stesen kereta api ke premis.

Kos, insurans dan tambang
Penjual telah memasukkan kos insurans dan tambang ke dalam harga barang yang dibayar pembeli.


Syarat Pembayaran


Syarat Pembayaran
Maksud
Bayaran waktu terima
Pembeli perlu membuat bayaran ketika menerima barang.

Tunai waktu pesan
Pembeli perlu membuat bayaran semasa melakukan pesanan.

Bayaran segera
Pembeli perlu membuat bayaran dalam tempoh dua atau tiga hari selepas menerima barang.

Penerimaan dalam tempoh tertentu
Pembeli boleh membeli barang pada harga yang dinyatakan dalam tempoh tertentu sahaja. Setelah tempoh tersebut tamat, harga dan syarat lain akan dikenakan.

Dengan akaun yang disahkan sahaja.
Penjual hanya akan memberikan kredit kepada pelanggan tetap dan pelanggan yang mempunyai rekod kredit yang baik sahaja.


Syarat Diskaun




             
              Diskaun tunai                                                             Diskaun niaga
      a.  Diskaun tunai ialah potongan atau                       a.  Diskaun niaga ialah potongan
           pengurangan daripada harga bersih                           daripada harga yang dinyatakan                     
           yang perlu dibayar oleh pembeli.                              di dalam sebut harga, senarai                       
                                                                                           harga atau katalog.
      b.  Pemberian diskaun tunai menggalakan                 b.  Jumlah diskaun diberi bergantung
           pembeli menjelaskan hutang dengan                         kepada kuantiti barang yang dibeli
           segera.                                                                      dan sifat barang yang dibeli.
                                                                                       c.  Menggalakkan pembelian dalam
                                                                                            kuantiti yang banyak.
c.     Contoh                                                                    d.   Contoh
Puan Hamidah membeli barang bernilai                           Encik Lim seorang peniaga pasar
barang bernilai RM3 000 daripada                                   malam membeli stoknya dengan
pemborong Jati Jaya pada bulan Ogos.                             harga RM4 000 daripada Syarikat
Pemborong menawarkan diskaun 10%                            DE. Beliau mendapat diskaun 30%.
dalam tempoh 14 hari. Kira jumlah                                 Kira jumlah sebenar yang dibayar
bayaran yang perlu dijelaskan oleh                                  oleh Encik Lim.
Puan Hamidah.

            Harga bersih invois = RM3 000                                    Harga invois = RM4 000
            Diskaun tunai

            RM3 000 x 10/100                                                        RM4 000 x 30/100
            = RM300                                                                       = RM1 200
                                                                                                       
            RM3 000 – RM300                                                       RM4 000 – RM1 200
            = RM2 700                                                                    = RM2 800
           
            Jumlah perlu dibayar = RM2 700                                Jumlah perlu dibayar = RM2 800
                                                                  


   Nota Kiriman

            Nota kiriman digunakan apabila barang dihantar menggunakan syarikat pengangkutan awam
     seperti KTMB ataupun syarikat pengangkutan swasta. Penjual (penghantar) boleh mendapatkan
     dokumen ini secara percuma daripada syarikat pengangkutan dan butir-butir berikut perlu diisi :

          a.   Nama dan alamat penghantar dan penerima barang.
          b.   Jenis dan kuantiti barang.
          c.   Pernyataan sama ada angkutan dibayar (belanja tambang ditanggung oleh penjual ataupun
                angkutan hadapan,belanja tambang ditanggung oleh pembeli)

            Nota kiriman disediakan dalam tiga salinan. Satu salinan disimpan oleh penjual dan dua salinan
      lagi dibawa oleh pemandu kenderaan syarikat pengangkutan tersebut bersama-sama barang kepada
      pembeli. Apabila barang selamat diterima, pembeli dikehendaki menandatangani kedua-dua salinan
      nota kiriman tersebut sebagai bukti penerimaan. Salinan asal disimpan oleh penerima dan satu lagi
      salinan disimpan oleh syarikat pengangkutan sebagai bukti tugas penghantarannya.

                                                             Nota Kiriman

                                                NOTA KIRIMAN
                                            Syarikat Sky Sdn. Bdn.
                                Lot 5, Taman Permaisuri, Jalan SS2 / 15,
                                Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
                                Tel : 03- 58742323           Faks : 03- 58742424

   Daripada :                                                                            Tarikh : 12 Ogos 2012
   Computer Land. Sdn. Bhd.                                                  Kepada :
   D306 Blok D,                                                                       Aktif Teknologi,
   Kelana Puteri Kondominium,                                              40, Jalan Baiduri,
   Jalan SS7 / 26, Kelana Jaya,                                                Seksyen 7, Shah Alam,
   47301 Petaling Jaya, Selangor.                                            40460 Selangor.

Kuantiti
Butir-butir
Bayaran pengangkutan
4
4
3
Acer Aspire M3800
Acer 19.5 WLCD monitor
2GB PC – 1266 DDR3 RAM


RM250.00

Jumlah
RM250.00

   Dikeluarkan oleh :                                                                     Diperiksa oleh :

        azizul                                                                                 morgan

   Diterima oleh :
     Siew Ling




      Invois Proforma

            Invois proforma mengandungi butir tentang barang, kuantiti, harga dan jumlah bayaran. Invois
     proforma digunakan untuk tujuan berikut :
        
             a.  Sebagai cara sopan untuk meminta bayaran daripada pembeli sebelum penghantaran barang.
                  Ini kerana penjual meragui kedudukan kewangan pembeli dan tidak mahu memberi
                  kemudahan kredit.
             b.  Di bawah kaedah urus niaga uji dulu sebelum membeli, barang dan invois proforma akan
                  akan dihantar kepada pembeli. Jika pembeli bersetuju menerima barang tersebut selepas
                  menguji pakai, invois proforma secara langsung bertukar menjadi invois biasa. Jika pembeli
                  menolak barang tersebut, invois itu dengan sendirinya terbatal.
             c.  Digunakan untuk menggantikan senarai harga untuk sementara waktu.
             d.  Digunakan dalam perniagaan antarabangsa untuk memberitahu pengimport tentang anggaran
                  harga barang yang dipesannya.
             e.  Digunakan sebagai invois biasa untuk dikemukakan kepada pihak kastam bagi tujuan
                  pengiraan cukai eksport.

      Invois

            Invois dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila barang dijual secara kredit. Invois ialah
     dokumen rasmi yang menyatakan butir barang dijual dan jumlah bayaran perlu dijelaskan. Butir-
     butir dalam invois :

                a.  Nama dan alamat penjual dan pembeli.
                b.  Nombor invois.
                c.  Tarikh invois.
                d.  Butir tentang barang.
                e.  Syarat serahan, pembayaran dan diskaun.
                f.  Singkatan K & K. diK.                                                   

            Invois disediakan dalam dua salinan. Salinan asal akan diberi kepada pembeli untuk membuat
      catatan dalam buku akaunnya. Salinan kedua disimpan oleh penjual untuk tujuan yang sama.

             Invois juga berfungsi sebagai nota serahan. Dalam keadaan sedemikian, invois disediakan
      dalam tiga salinan. Salinan karbon disimpan oleh penjual dan dua salinan lagi diserahkan untuk
      ditandatangani oleh pembeli. Selepas pengesahan, salah satu salinan dikembalikan kepada penjual
      sebagai bukti penyerahan barang.

            Invois juga boleh berfungsi sebagai resit jika penjual menulis perkataan “Telah Dibayar” pada
      pada invois tersebut, ditandatangani serta dicop dengan cop rasmi penjual.


                                                                         Invois


     INVOIS                      Rose Gardens                                          DO 413
    (Asal)                           Lot 35, Tanah Rata
                                         Cameron Highlands
                                                                                       Tarikh : 4 Mei 2011
 Kepada,
 Kedai Bunga Som,
 No 10, Jalan SU 1,
 Sungai Udang, Melaka.

Butir
Kuantiti
(unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Bunga Ros
Bunga Orkid
200 dozen
260 dozen
6
10
1 200
2 600

Tolak diskaun niaga 20 %

Jumlah
        3 800
           760
        
        3 040


  Ringgit: Tiga Ribu Empat Puluh Sahaja

  Syarat : 5% 7 hari.
  Serahan: Angkutan dibayar.
  K&K.D.K.


            Som                                                                                   Lim

   _____________________                                            __________________
              Penerima                                                                          Pengurus





Invois


     INVOIS                           Kedai Bunga Som                                          Q 222
    (Salinan)                           No 10, Jalan SU 1,
                                              Sungai Udang, Melaka.
                                                                                       Tarikh : 9 Mei 2011
 Kepada,
 Kedai Makmur,
 No 7, Jalan 4/3,
 Taman Sentosa,
  Jasin, Melaka.

Butir
Kuantiti
(unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Bunga Ros
Bunga Orkid
100 dozen
150 dozen
8
15
   800
2 250

Tolak diskaun niaga 10 %

Jumlah
        3 050
           305
        
        2 745


  Ringgit: Dua Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Lima Sahaja.

  Syarat : 5% 7 hari.
  Serahan: Angkutan dibayar.
  K&K.D.K.


                  Man                                                                        Som
 ______________________                                            __________________
              Penerima                                                                          Pengurus





     Nota Kredit

            Nota kredit dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu pembeli (yang menjadi
      penghutang) bahawa satu catatan kredit telah dilakukan di dalam akaunnya. Catatan ini mengurangkan
      hutang pembeli kepada penjual. Tujuan adalah untuk membetulkan kesilapan di dalam invois kerana
      pembeli telah dikenakan bayaran lebih daripada sepatutnya.

            Nota kredit dikeluarkan dalam keadaan berikut :

                 a.   Pembeli memulangkan barang kerana rosak dan tidak menepati deskripsi.
                  b.   Pembeli memulangkan bekas kosong seperti botol, tin atau tong yang telah dikenakan
                        bayaran.
                  c.   Pembeli diberi diskaun atau komisen atas sebab tertentu.
                  d.   Pembeli dikenakan bayaran lebih kerana kesilapan pengiraan.

            Butir-butir yang terkandung dalam nota kredit :
     
                   a.   Nombor nota kredit.
                   b.   Tarikh nota kredit dikeluarkan.
                   c.    Sebab nota kredit dikeluarkan, contohnya pulangan barang.
                   d.    Jumlah yang dikreditkan dalam akaun pembeli.                                           

     Nota Debit

            Nota debit dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa satu catatan debit
      telah dilakukan di dalam akaunnya. Catatan debit ini menambahkan hutang pembeli kepada penjual.
      Tujuannya adalah untuk membetulkan kesilapan di dalam invois kerana pembeli telah dikenakan
      bayaran kurang daripada sepatutnya.

            Nota debit dikeluarkan dalam keadaan berikut :

                a.   Apabila pembeli dikenakan harga yang kurang daripada sepatutnya.
                 b.   Kos angkutan ditanggung oleh pembeli tetapi tertinggal di dalam invois.
                 c.   Barang dibekalkan kepada pembeli tetapi terlupa dicatat di dalam invois.
                 d.   Mengenakan faedah terhadap pembeli kerana hutangnya tidak dibayar atau caj atas cek
                       tak layan yang dikeluarkan oleh pembeli.                                

            Butir-butir penting yang terdapat di dalam nota debit :

                a.   Nombor nota debit.
                 b.   Tarikh nota debit.
                 c.   Sebab-sebab nota debit dikeluarkan.
                 d.   Jumlah yang akan didebitkan dalam akaun pembeli.


Nota Kredit
Nota Debit
Dikeluarkan oleh penjual kepada     pembeli untuk memberitahu bahawa suatu catatan kredit dilakukan di dalam akaunnya.
Dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu bahawa catatan debit dilakukan di dalam akaunnya.
Hutang pembeli dikurangkan.
Hutang pembeli ditambahkan.
Dihantar atas sebab berikut :
   a.  Pulangan barang atau bekas kosong
        oleh pembeli.
   b.  Pembeli tersalah caj jumlah yang
        lebih.
Dihantar atas sebab berikut :
    a. Faedah atau caj lain dikenakan
        terhadap pembeli.
    b.  Pembeli dikenakan harga atau caj
         yang kurang daripada sepatutnya.


            Nota debit dan nota kredit juga mempunyai persamaan. Ia berfungsi untuk membetulkan
     kesilapan di dalam akaun dan digunakan sebagai sumber maklumat untuk tujuan perakaunan.

Nota Kredit

 Salinan asal dihantar kepada pembeli         



     NOTA KREDIT               Rose Gardens                                     NK 411       
     (Asal)                               Lot 35, Tanah Rata
                                              Cameron Highlands.
                                              
                                                                                       Tarikh : 10 Mei 2011
 Kepada,
 Kedai Makmur,
 No 7, Jalan 4/3,
 Taman Sentosa,
  Jasin, Melaka.

  Akaun tuan telah dikreditkan seperti berikut :

Butir
Kuantiti
(unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Bunga Ros
10 dozen

6
   60

Tolak diskaun niaga 20 %

(kerana rosak)
Jumlah
            12
          
        
           45



  Ringgit: Empat Puluh Lapan Sahaja.

 
 


                                                                                        Lim
                                                                                    __________________
                                                                                              Pengurus



                         Salinan karbon disimpan oleh penjual
                                        


         Nota Debit
      Salinan asal dihantar kepada pembeli


    NOTA DEBIT                                                                            No D93      
   (Salinan)                          
                                       Kedai Elektrik Mas
                                       No 8, Jalan Pahlawan,                                                     
                                       Seremban,N. Sembilan.
                                           
                                                                                       Tarikh : 10 Sep 2006
 Kepada,
 SMK Sri Aman,
 Seremban,
 N. Sembilan.

  Akaun tuan telah didebitkan dengan perkara berikut

Kuantiti
Butir
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)

           2

kipas

100

   200
     20

Tolak diskaun niaga 10 %

Jumlah
(Terkurang caj dalam invois no 770 bertarikh 7/9/06)
           180
          
        
          


  Ringgit: Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja.

 


                  Ann                                                                    Mas


               Penerima                                                       Pengurus                                                                                                    



                         Salinan karbon disimpan oleh penjual


Dokumen Selepas Urus Niaga

     Penyata Akaun

            Penyata akaun merupakan petikan daripada buku akaun penjual yang dihantar kepada pembeli
       pada setiap bulan. Penyata akaun meringkaskan semua urus niaga yang berlaku antara penjual
       dengan pembeli pada bulan tersebut. Baki dalam penyata ini ialah hutang pembeli kepada penjual
       pada penghujung tempoh itu.

            Penyata akaun berfungsi :
                
                 a.  Sebagai rekod hutang.
                  b.  Sebagai cara sopan untuk meminta pembeli menjelaskan hutangnya.
                  c.  Membolehkan pembeli melakukan penyemakan akaun. Jika berlaku kesilapan pembeli
                      hendaklah memberitahu penjual dengan segera.

                                                            Penyata Akaun

   Penyata Akaun                     Syarikat Usahawan
                                                168 Jalan Cahaya
                                                Bandar Matahari
                                                Selangor                                        Tarikh 2 / 2 / 2003

   Kepada,
   Pengurus,
   Syarikat Muhibah,
   118 Jalan Besar,
   Bandar Kecil,
   Johor.

   Untuk bulan Januari berakhir 31.1.2003

Tarikh
Butir
Debit
RM
Kredit
RM
Baki
RM
  Jan      1
              8
              15
              20
             
  Baki
  Invois No 2011
  Nota kredit NK2118
  Cek 331109
   2  000
   6  240
 
   304
 2 500
  2 000 (Dt)
  8 240
  5 436
     


                                                                                                             Pengurus
                                                                                                                Mydin                                                                                                                                        


Resit

            Apabila penjual menerima bayaran daripada pembeli, resit akan dikeluarkan. Resit merupakan
      bukti atau pengakuan bahawa sejumlah bayaran telah diterima. Resit disediakan dalam dua salinan.
      Salinan asal dihantar kepada pembeli, sementara salinan kedua disimpan sebagai rujukan.

            Resit mempunyai dua fungsi :

                a.   Sebagai bukti pembayaran atau penerimaan.
                 b.   Sebagai rujukan untuk membuat catatan di dalam buku akaun penjual atau pembeli.

            Resit merupakan dokumen terakhir dan menandakan suatu urus niaga telah selesai Penerima




             Resit

                               Syarikat Usahawan                 No. 12345
                                168 Jalan Cahaya
                                Bandar Matahari
                                      Selangor
                                                             Pembayar
   R

    E       Diterima daripada :  Syarikat Muhibah


    S       Ringgit :    Dua Ribu Lima Ratus  Sahaja   


    I        Untuk bayaran :   Sebahagian Invois no. 2011


   T

            RM2 500 /=                                                          Mydin 
           Tunai / Cek : 331109                                                               Pengurus




    

     Salinan asal diberikan kepada pembayar                    Salinan karbon disimpan oleh pembeli


Merekod Nota Kredit dan Invois ke dalam Jurnal Khas ( Belian ) dan pengeposan ke lejar.

Nota Kredit


     NOTA KREDIT               Rose Gardens                                     NK 411       
     (Asal)                               Lot 35, Tanah Rata
                                              Cameron Highlands.
                                             
                                                                                       Tarikh : 10 Mei 2011
 Kepada,
 Kedai Makmur,
 No 7, Jalan 4/3,
 Taman Sentosa,
  Jasin, Melaka.

  Akaun tuan telah dikreditkan seperti berikut :

Butir
Kuantiti
(unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Bunga Ros
10 dozen

6
   60

Tolak diskaun niaga 20 %

(kerana rosak)
Jumlah
            12
          
        
           45



  Ringgit: Empat Puluh Lapan Sahaja.

 
 


                                                                                        Lim
                                                                                    __________________
                                                                                              Pengurus






                      Salinan asal dihantar kepada pembeli

Nota Kredit



    NOTA KREDIT                                                                               K 314       
   (Salinan)                          
                                       Kedai Bunga Som,
                                       No 10, Jalan SU 1,                                                      
                                       Sungai Udang, Melaka.
                                           
                                                                                       Tarikh : 15 Mei 2011
 Kepada,
 Kedai Makmur,
 No 7, Jalan 4/3,
 Taman Sentosa,
  Jasin, Melaka.

Butir
Kuantiti
(unit)
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)
Bunga Orkid

10 dozen

15

   150

Tolak diskaun niaga 10 %

Jumlah
              15
          
        
            135


  Ringgit: Dua Ribu Tujuh Ratus Empat Puluh Lima Sahaja.

  Syarat : 5% 7 hari.
  Serahan: Angkutan dibayar.
  K&K.D.K.


                                                                                             Som
                                                                                        __________________
                                                                                                  Pengurus



                            Salinan karbon disimpan oleh penjual


   Merekod urus niaga ke dalam Buku Catatan Pertama berdasarkan invois dan nota kredit.

                                                Jurnal Khas
                                               
                                                Jurnal Belian
            
Tarikh
Butir
Jumlah
Mei     4     2011
          
           31
Rose Gardens

Akaun Belian    (Dt)
   3 040

  3 040


                                                Jurnal Jualan

Tarikh
Butir
Jumlah
Mei     9
         
           31
Kedai Makmur

Akaun Jualan   (Kt)
   2 745

   2 745


                                    Jurnal Pulangan Belian

Tarikh
Butir
Jumlah
Mei     10     2011
          
          31
Rose Gardens

Akaun  Pulangan Belian     (Kt)
   48

   48


                                                Akaun Pulangan Jualan

Tarikh
Butir
Jumlah
Mei     15        2011
          
           31
Rose Gardens

Akaun  Pulangan Jualan  (Dt)

   135

   3 040




Pengeposan ke lejar


       Merekod Nota Debit dan Invois ke dalam Jurnal Khas ( Jualan ) dan pengeposan ke lejar.

           Salinan asal dih  

       Nota Debit



    NOTA DEBIT                                                                            No D93      
   (Salinan)                          
                                       Kedai Elektrik Mas
                                       No 8, Jalan Pahlawan,                                                     
                                       Seremban,N. Sembilan.
                                           
                                                                                       Tarikh : 10 Sep 2006
 Kepada,
 SMK Sri Aman,
 Seremban,
 N. Sembilan.

  Akaun tuan telah didebitkan dengan perkara berikut

Kuantiti
Butir
Harga Seunit
(RM)
Jumlah
(RM)

           2

kipas

100

   200
     20

Tolak diskaun niaga 10 %

Jumlah
(Terkurang caj dalam invois no 770 bertarikh 7/9/06)
           180
          
        
          


  Ringgit: Satu Ratus Lapan Puluh Sahaja.

 


                  Ann                                                                    Mas
 

               Penerima                                                       Pengurus                                                                                                    



                         Salinan karbon disimpan oleh penjual


        

1 comments:

akademik

Backgroung colour tak sesuai .
Susah baca

Post a Comment